Dunia Sastera

Archive for the ‘PERASAANKU….’ Category

Demi usia ku
sesungguhnya orang yang mabuk kerinduan
dicela kerana menangisi orang yang di kasihinya
dengan deraian air mata yang bercucuran deras.
ia berkata:-
“mengapa engkau menangis
setiap kali melihat kuburan
yang ada di antara liwa dan dakkak?”
maka ku jawab dia
bahawa sesungguhnya tangisan ini
merupakan ungkapan kerinduanku
maka biarkanlah aku menangis
kerana di sinilah letak kuburan saudaraku…..

masa meratapi bekas peninggalan kejayaan
sesudah tangisan mata
kerana tiada gunanya menangisi bayangan dan rupa
sungguh aku melarang mu
dan tidak segan-segan untuk memberi nasihat
agar jangan cuba-cuba tidur
di antara taring dan cakar singa
aduhai, sekiranya masa
menebus segalanya
dan menebus “khilaf dengan siapa pun
di antara manusia yang di kehendaki……

Nukilanrasa
Sha….


Tajuk-tajuk Sastera

Alhaddad's Blog Stats

  • 25,931 kali dilawati

Alhaddad’s arkid

Alhaddad’s kalendar

Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pengumuman Alhadaddad’s

Kebanyakan artikel di dalam blog ini adalah dari sumber-sumber lain. bukan sepenuhnya karya asli penulis. Harap maklum.

Top Clicks

  • Tiada

Flickr Photos