Dunia Sastera

Archive for the ‘Penghidupan ku’ Category

Dalam meniti hari-hari mendatang
Aku takut untuk meneruskannya
Adakah aku akan berhadapan
Dengan kegagalan dan seribu penyesalan…

Telah banyak adegan ku tonton
Ku rasa diriku sentiasa dicabar
Untuk melakukan sesuatu
Bagi kebaikanku dan semua
Namun apalah daya diriku ini
Sikap suka mengalah masih menguasai diri

Namun…aku masih bersyukur
Masih ada insan yang sudi menasihatiku
Memberi perangsang dan dorongan
Serta mengembalikan keyakinan yang telah pudar.

Kini…aku semakin mengerti
Apakah pengertian penhidupanku di dunia ini
Bukanlah semata-mata sebagai makhluk sahaja
Tetapi aku juga harus tabah
Kerana sesungguhnya perjalanan hidupku masih panjang
Tenagaku amat diperlukan
Ikrarku…untuk berusaha demi nusa dan bangsa
serta menjadi warganegara berguna

Semakin aku menjalani penghidupanku
Semakin matang aku jadinya…
Akan ku pastikan penghidupanku ini
Secerah matahari dan bintang di langit
Namun aku tetap mengakui
Segala yang terjadi adalah ketentuan Ilahi
Maka…aku terima penhidupanku ini
Dengan perasaan redha
Serta hati yang terbuka.

by: syazie1979


Advertisement

Tajuk-tajuk Sastera

Alhaddad's Blog Stats

  • 25,878 kali dilawati

Alhaddad’s arkid

Alhaddad’s kalendar

Mac 2023
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pengumuman Alhadaddad’s

Kebanyakan artikel di dalam blog ini adalah dari sumber-sumber lain. bukan sepenuhnya karya asli penulis. Harap maklum.

Top Clicks

  • Tiada

Flickr Photos