Dunia Sastera

Archive for the ‘hari itu..’ Category

diana izatti <dianaizatti@…> wrote:
aku di sini menunggu
angin yang berhembus
berlalu tanpa pesan
darimu..
hatiku terdiam
rindu yang terpendam
terangi gelap malam
hari-hari ku sepi
tanpa mu….
“yang benar dan hak itu datangnya dari ALLAH, yang lemah dan sering khilaf adalah kita makhlukNya. Tiada yang lebih hebat daripadaNya di muka bumi ini kerana kembali kita kelak kepadaNya dalam fitrah yang sama; hamba.” 
[Cerpen_Puisi] hari itu..,,, [BALASAN] Zachary Vearn <zachary_vearn81@…>

Aku amat bersyukur padaNya
kerana aku hanya manusia biasa…
terasa hati ku ingin berbicara …
terus menerus kepada yang empunya ….

namun takdir bukan urusan kita ….
hanya berserah kepada yang maha Esa..
agar kita kembali bersama ..
walau hanya diruangan cyber…

hehehehehehehe

Re: [Cerpen_Puisi] hari itu..,,, [BALASAN]
diana izatti <dianaizatti@…> wrote:
hari itu..
ku susuri jejak
alur yang berliku
penuh berduri
belukar hitam berselerak
lumpur menutupi setiap tapak
aku jadi sebak…
hari ini..
angin yang berhembus
mengasyikan.. mendamaikan
aku lebih berhati-hati
pak cik Zach..
tunjukkan arah tuju yang pasti..
terima kasih daun keladi!
hari itu..,,, [BALASAN]
 syed badrul hisyam alhaddad <badsyam77@…> wrote:
hari ini..
angin yang berhembus
mengasyikan.. mendamaikan
aku lebih berhati-hati
pak cik Zach..
tunjukkan arah tuju yang pasti..
terima kasih daun keladi!

aku hanya nelayan
yang kebetulan singah
setelah pulang dari laut
mendengar bisik bicaramu
ingin menyapuk meluah kata

angin itulah yang menolak ombak
angin itulah yang buat laut bergelora
angin itu jugalah yang membawa layar pada dermaga
angin itulah yang buat kami juga berhati-hati

Re: [Cerpen_Puisi] hari itu..,,, [BALASAN]
 diana izatti <dianaizatti@…> wrote:
oh, ada kelip sampan
nelayan itu
sesat di kelam
mengejar ombak
ceroboh igauanku..
wahai nelayanku
angin itu bertiup ramah
deru ombak menghempas tebing
pasir-pasir berdesir
indah daun-daun menari
aahhhh.. damai sekali
ayuh kita berhati-hati…
Re: hari itu..,,, [BALASAN]
oney <suriani.mohamad@…> wrote:
mod : biarpuun .. nelayan di hempas berkali²
dan singgah untuk kali yang ke berapa
walau beronak pantai ditemui..
namun mengapa ke laut jua perginyer?…
Re: hari itu..,,, [BALASAN]

syed badrul hisyam alhaddad <badsyam77@…> wrote:

wahai mod yang bistari
umpama lebah yang mencari madu
walau pnuh satu tempayan
namun tak pernah jemu menodai bunga
begitula hamba sebagai nelayan

Re: hari itu..,,, [BALASAN]
oney <suriani.mohamad@…> wrote:]
jauh menyimpang sampan tuan
mungkin kerna kompas yang rosak
atau tersasar penangan ombak
mungkin jua..tuan seorang
nelayan yang pencen
terlupa dimana patut berlabuh..
😛
mabuk laut..
hahahaha…
Re: hari itu..,,, [BALASAN]
syed badrul hisyam alhaddad <badsyam77@…> wrote:
wahai mod yang suka bersoal
tidaklah hamba jauh menyimpang
yang hamba kata adalah benar
umpama ombak medambar pantai
yang tak pernah jemu walau sesaat
kalau hamba nelayan pencen
masakan hamba dapat pulang ke rumah
Re: hari itu..,,, [BALASAN]
oney <suriani.mohamad@…> wrote:
saya bukan suka bersoal
cuma mahu mengikat sampan tuan jika tersasar
biar bersama merempuh air pasang dan angin laut
kembali pulang ke jejak asal..
.. jejak daratan itu.. tempat kita bersama…
[Cerpen_Puisi] hari itu..,,, [BALASAN]

“lala_dua dua” <laladua_dua@yahoo.com>

ingin aku menjadi nahoda
lajulah wahai sampan yang membawa mod dan haddad
bersama angin utara
patah dayung ku harung jua
mengejar kehidupan penuh gelora
pusing arah selatan wahai sampan
jangan tempuhi ombak yang telah memukul aku
dalam kemelut rindu.
Advertisement

Tajuk-tajuk Sastera

Alhaddad's Blog Stats

  • 25,878 kali dilawati

Alhaddad’s arkid

Alhaddad’s kalendar

Mac 2023
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pengumuman Alhadaddad’s

Kebanyakan artikel di dalam blog ini adalah dari sumber-sumber lain. bukan sepenuhnya karya asli penulis. Harap maklum.

Top Clicks

  • Tiada

Flickr Photos