Archive for the ‘Mencintaimu Selamanya’ Category
Mencintaimu Selamanya
Posted Januari 31, 2008
on:Mencintaimu Selamanya
Tidak terhela
Nafas yang tertinggal
Menjejari pinta
Untuk mendakapmu
Sekujur nyawa
Terlalu jauh
Namun terlalu dekat
Teramat dalam
Terpaku
Dimateri
Sekian cinta yang kau sisakan
Aku menerjah semua
Dengan separuh nyawa
Kusirna
Sarat kaki melangkah
Tanpa nyawa ada di sebelah
Dan pada setiap kau datang
Kenapa ada airmata
Dan saat kau pergi
Kenapa aku mati
Mencintaimu lebih dari diriku
Tiada cukupkah itu
Untuk kutafsir
Akan betapa aku mencintaimu
Apa sekiranya ada yang ingin
Akan hati ini
Lantas terpaksa aku memberi
Sedang sanya ia
Terpateri dengan namamu
Shamira adoree
Jawaplah akan tanyaku
Sedarkanlah aku
Yang aku tidak ada lagi
Di dalam hatimu
Hanya aku
Yang merasakan ini
Dengan apa yang aku rindu
Dengan apa yang tertinggal
Untuk ku
Tidak sesaat
Dari waktuku
Tiada kamu
Dalam hati ini
Biar ku cuba
Untuk menipu
Yang aku membencimu
Aku sedar
Yang sanya
Aku terlalu mencintaimu
Terlalu merinduimu
Bodohkah aku
Kerana terlalu menyayangimu
Sedangkan kau tidak pernah
Merasakan serupa
Apa yang aku rasa
Mengertikah engkau
Tentang hakikat hidup
Dan erti bahagia
Tanpa cinta
Apalah yang ada pada semua
Segalanya tiada makna
Biarkanlah aku
Dengan apa yang aku ada
Aku berjanji
Pada bulan yang setia
Pada malam
Dan suria pada siang
Hanya kematian
Yang akan mematikan harapku
Membunuh semua rinduku
Dan cintaku
Akan hidup sepanjang
Dunia berwaktu
Juan Einriqie
p/s: Suatu hari kau kan mengerti,
betapa dalam aku mencintaimu,
dan nanti Dia akan bercerita,
tentang aku padamu,
kenapa aku,
terlalu menyayangimu,
walau kau mungkin bukan milikku kini.
Alhaddad’s komen