Dunia Sastera

Archive for the ‘Tak Pernah Tak Ada Wangimu’ Category

Tak pernah tak ada wangimu
memberi cahaya pada kamarku
yang disenandungi rindu
tak pernah tak ada warnamu
menakung bayu memberi baru
yang menyelimutkan bahang syahdu

Ini tak hanya puisi
kujanakan makna dalamnya
melebur dalam kalbu
tak pernah mengalih arah
menyatu dalam rindu
yang tak siapa menyertainya
walau tak siapa menafikannya

Meski harus memelihara
dalam jelaga yang hanya kita memutihkannya
dalam selimut suci sebersih hati warna dan wangimu
menjadi milikmu jua
yang menghiasi kamar diri

Sambil kita menanam benih peribadi
setia seumpama embun
agung seumpama cahaya mentari
melewati hari demi hari
merestui
akrab umpama kuku dan isi…

Advertisements

Tajuk-tajuk Sastera

Alhaddad's Blog Stats

  • 22,706 kali dilawati

Alhaddad’s arkid

Alhaddad’s kalendar

November 2017
I S R K J S A
« Mac    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Pengumuman Alhadaddad’s

Kebanyakan artikel di dalam blog ini adalah dari sumber-sumber lain. bukan sepenuhnya karya asli penulis. Harap maklum.

Top Clicks

  • Tiada

Flickr Photos