Dunia Sastera

Archive for the ‘Surat Jemputan Maut Yang Terbiar Sudah’ Category

Surat Jemputan Maut Yang Terbiar Sudah
Posted on Wednesday, January 30 @ 23:55:35 MYT by greenboc
Fikir Sejenak Oleh annas

“Kamu yang bernama Pemimpin
suatu hari nanti akan dipersoalkan ?
pada suatu janji dan amanah
bertemankan warna-warna keliru
yang sudah lama hidup ketandusan
tertipu diatas nama pangkat dan kuasa gila
menangis berselindungkan air mata  dusta
sudah lupa pada segala
pada surat jemputan maut
yang sudah lama  menghampiri

kamu yang bernama rakyat
asyik bertepuk sambil menari
beriramakan alunan rentak sesat
ada yang pandai mengampu dusta
ada yang bijak berkata-kata buta
ada yang sudah lama dilenakan
diatas nama harta melata
hilang segala maruah
bermandikan kilauan mabuk kuasa
sudah hilang segala
hingga lupa
pada surat jemputan maut
yang sudah lama menghampiri
kamu dan kamu yang bergelar manusia
apa lagi yang kamu mahu
tak puas lagikah
atau
sudah lama terlena
dalam kemaruk-kemaruk sisa dunia
dalam barisan yang sudah semakin kucar
hilang rasa simpati hilang ukhuwah kasih
segalanya semakin kelam
teramat menyakitkan
hingga lupa
pada surat jemputan maut
yang sudah lama menghampiri
kamu
cuba sedarkan diri
pada perintah yang sudah lama dilupakan
pada larangan yang semakin dijajah
berani mendustakan segala amanah
hingga diri semakin derita
berpayungkan beban-beban dosa lara
hidup merempat pada cinta segala
yang sudah lama sarat
hingga lupa
saat-saat kematian sudah menghampiri
kamu
kembalilah
pada jalan-jalan kebenaran
sebelum
surat jemputan datang menghampiri
merobek segala maruah diri
sakit bukan kepalang
pedih yang tiada luka
teramat menyakitkan
tiada lagi teman disisi
apatah lagi pangkat dan kuasa
segalanya akan pergi
pasti

kamu
maut sudah menghampiri
sudah kita bersedia ?

Advertisements

Tajuk-tajuk Sastera

Alhaddad's Blog Stats

  • 22,699 kali dilawati

Alhaddad’s arkid

Alhaddad’s kalendar

November 2017
I S R K J S A
« Mac    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Pengumuman Alhadaddad’s

Kebanyakan artikel di dalam blog ini adalah dari sumber-sumber lain. bukan sepenuhnya karya asli penulis. Harap maklum.

Top Clicks

  • Tiada

Flickr Photos