Dunia Sastera

Archive for the ‘puisi’ Category

di satu ruang kehidupan
seorang tua camping berpakaian
entah berapa lama tidak berganti
hanya berteman tasbih tua

tidak pernah meminta kekayaan
tidak pernah bertanya nilai diri
tidak pernah persoal akan keadilan
pada maha tuhan yang mencipta

makan nye laju, minumnya pantas
lalu satu hari ada hamba allah bertanya
mana dirimu ingin pergi, apa sebenar yang kau cari
makan dan minum mu tak bersempat
dalam nada penuh kesedihan beliau menjawab
aku tak mahu masa yang aku ada dipersiakan
selain dari menyebut nama allah..
dan yang aku cari hanyalah keredhaan allah

alhaddad

MUSAFIR DI ATAS SEJADAH

Dia memohon seribu kemaafan
Sewaktu terjaga dari buai mimpi
Menangis dia dalam kegelapan
Mencari jalan menuju ke firdausi

Dia bertanya tentang kehidupan
Tentang hari bernama kematian
Di manakah hina dan mulia insan
Selagi belum ketemui MahaTuhan

Dia musafir yang tak pernah tewas
Menuntut keadilan tanpa sempadan
Meminta bukan bererti dia pengemis
Kerana itulah janjinya untuk mati

Diatas sejadah dia menyerah dan meminta
Secebis nilai diri sebagai seorang hamba
Sebelum kematiannya menjemput kesana
Semoga ketenangan menanti dia disana

MarjanS
POS MALAYSIA
marjanspuisi@ yahoo.com. my

SUARA DARI PERUT-PERUT LAPAR

Kami diantara engkau bernama aku orang bawahan
Bakal pada satu hari nanti menjerit dipinggir jalan
Bila tak tertanggung lagi mengunyah enak kelaparan
Walaupun kami masih terdaya teruskan perjuangan

Jiwa kami telah sekian lampau tak lagi berkunci
Pasti kekerasan bakal memberontak satu hari nanti
Usahlah kau anggap segalanya bermaksud kejahatan
Kerana selagi nama manusia kami perlukan keinginan

Dalam perut kami tiada lagi nikmat kekenyangan
Telah kami korbankan dalam ertikata perjuangan
Sedikitpun kami tak pernah dilontarkan terima kasih
Kerana sekian lampau kehadirandiantara kami disisih

Ini adalah suara luka dari jendela rumah kebenaran
Tercipta dari mulut anak-anak kecil sedang kelaparan
Memaksa kami meronta dan terus meminta pembelaan
Sebagai warga manusia marhain memerlukan keadilan

Lihatlah kami walaupun dari sudut mata mulia itu
Tentang berat pundak kami menanggung sengsara ini
Atas nama tuhan kami tidak meminta limpah kekayaan
Kerana kami tidak pernah bermimpi menjadi seorang tuan

Marjan S
POS MALAYSIA
DAYA BUMI 2008

SUARA-SUARA JALANG

Seorang lelaki dilorong jalang
Melamar cinta dengan nafsu kuda
Buat para kuda betina gersang
Tercipta dari kekecewaan cinta

Suara-suara jalang syahdu bergema
Lembut memanggil jantan celaka
Katanya temanlah aku keranjang dosa
Mengubat cintaku dulunya kecewa

Usah kau kuatir tenatang benih hina
Tak akan aku relakan kandungkan dia
Menjadi saksi dosa-dosa diantara kita
Aku tak rela dia lahir menjadi mangsa

Katakanlah rumah tua ini syurga kita
Persinggahan untuk menuju keneraka
Tanpa sebarang sedikit rasa kecelakaan
Kerana aku betina jalang mencari makan

Kuda gila memacu dalam suam malam
Katanya aku ingin puas sebagai jantan
Suaranya tenggelam dalam erang jalang
Demi memancutkan keruh-keruh dosa

Syaitan berkata penuh keangkuhan
Mereka telah menjadi sebahagian aku
Semoga pintu-pintu taubat tertutup rapat
Selagi dunia belum ditimpa hari kiamat

MarjanS
SUNGAI PETANI
FEB 2008

MAKAM PERTEMUAN

Perpisahan tercipta tanpa kita duga
Bukan dengan kerelaan dari jiwa mulia
Kau pergi menyambut salam impian
Aku pergi menyambut salam perjuangan
Maka terpisah kita antara dua jantung kota
Tanpa adanya secebis ingatan dan kerinduan

Perpisahan kita diiringi dua parut luka
Tanpa sebak didada dan linangan airmata
Luka di kanan kakimu ¨C di kiri mataku
Kadang-kadang kita terlupa tragedi itu
Mungkin kita cemas dilambung ombak
Atau kita sedang menghukum kenyataan

Hari ini ditaman zaman kita bertemu jua
Bersaksikan makam-makam insan tercinta
Di pagi dingin dan pohon-pohon komboja
Dan langit tersenyum menumpang gembira
Kitakah itu seperti insan dilahirkan semula
Besertakan roh cinta dan nafas-nafas luka

MarjanS
POS MALAYSIA
marjanspuisi@ yahoo.com. my

LAILI DALAM KENANGAN

Di ambang senja seusia maya remaja
berdua kita menatap segar guris luka
dalam tangis kau menahan pedih rasa
namun kau cuba menyembunyikan jua

tanpa diduga kita ¨C lahirlah jiwa cinta
urip selagi belum ketemu ajal maha esa
terciptalah ikrar janji setia di asmaraloka
selagi keikhlasan sudi ujud di dalam dada

syahdu nama mu Laili selembut wajah ayu
sepi hidupku Laili tanpa aku mengingati mu
rembulan berwajah seri pungguk setia menanti
inikan pula sesetia sumpah cinta kita pada janji

biar pun terpisah antara dua laut biru
rela ku seberangi jua kerana mu Laili
selagi aku tak ketemui di mana dikau
tetap ku mencarimu hingga hayat nanti

bukan aku tak sudi terus bersama mu di sisi
menenun permaidani cinta ¨C memintal pasti
demi masa depan agar kita saling berkorban
semoga mengukuhkan lagi mahligai impian

nyata setia kita dipayungi takdir maha esa
kau pergi tanpa secebis nota khabar berita
hanya termampu aku membena pusara cinta
di sudut hati ini yang semakin parah lukanya

MarjanS
Kota Kaca
2006

Advertisement

Tajuk-tajuk Sastera

Alhaddad's Blog Stats

  • 25,878 kali dilawati

Alhaddad’s arkid

Alhaddad’s kalendar

Mac 2023
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pengumuman Alhadaddad’s

Kebanyakan artikel di dalam blog ini adalah dari sumber-sumber lain. bukan sepenuhnya karya asli penulis. Harap maklum.

Top Clicks

  • Tiada

Flickr Photos