Dunia Sastera

Archive for the ‘Dilema Anak Kecil’ Category

Dilema Anak Kecil

Dalam keadaan dilema,
berdiri seorang anak kecil
berbaju lusuh
berbau hapak
di tengah-tengah kompleks membeli-belah,
menadahkan tangannya
meminta diberi simpati…
akan nasib
yang menimpa dirinya.

Hatinya berdetik lalu berbisik,
‘Sekadar sepuluh sen dua pun cukuplah,
sekurang-kurangnya……
ada sesuatu dapat ditunjukkan’.

Dalam kegelisahan itu,
reaksi ibu dan ayahnya
berlegar di kotak fikiran,
di telinga terngiang-ngiang
kata-kata menghiris hati
‘Kau anak tak guna,
Tau makan tak tau kerja
Pergi kau dari sini’.

Rintihan hati menggores sepi,
air mata berlinangan
membasahi pipi,
Hatinya seolah-olah merayu,
‘Ayah dan ibu tersayang,
Aku telah cuba dapatkan sedekah
kenapa aku masih diseksa??’

by: sharifah azie


Tajuk-tajuk Sastera

Alhaddad's Blog Stats

  • 22,353 kali dilawati

Alhaddad’s arkid

Alhaddad’s kalendar

Julai 2017
I S R K J S A
« Mac    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Pengumuman Alhadaddad’s

Kebanyakan artikel di dalam blog ini adalah dari sumber-sumber lain. bukan sepenuhnya karya asli penulis. Harap maklum.

Top Clicks

    Flickr Photos