Dunia Sastera

Nilai Sebuah Cinta

Posted on: Februari 8, 2008

Sepi dalam CINTA, gema gitar yang dipetik melahirkan irama keluhan
hati yang meresap ke lubuk sanubari. Kerana CINTA, semuanya terasa.
Seni dalam CINTA mengalirkan perasaan yang menyelubungi ruang hati.
Kerana segenap penjuru mahukan rindu berbening. Air mata dan CINTA
tidak mampu dipisahkan; umpama aur dengan tebing. Sesekali CINTA
berubah, sesekali air mata tercurah. Bila hati gelap gelita kerana
CINTA yang terpisah, berderau rasa gelisah sepanjang hari. Dan malam
berasa panjang, angin bertiup dirasakan teramat dingin. Saat itu
segala kepasrahan hidup terucap di depan. Semua gelap dan tiada lagi
dirasakan indah bakal di depani. Demikian rentak muzik menyusuri
masuk ke dalam jiwa sebagai ganti penghibur sepi.

Adakah yang dimainkan oleh gitar M. Nasir itu bukan daripada
sentuhan hati? Mungkin lahirnya lagu seperti Cinta Sepi, Demi Masa
dan Dari Kekasih Ke Kekasih sewaktu dia dilamar kasmaran yang
dahsyat. CINTA dari hati seorang berjiwa seni adalah terlalu
mendalam. Maka terlahir seni dari hati yang teramat sepi.

Petikan gitar, geseran biola dan alunan suara merdu terlalu
diperlukan di kala sepi dari CINTA yang berpusar ganas. Bila
permainan perasaan terlalu jauh terlayang, maka alam bertukar wajah.
Kita bukan lagi berada di alam yang nyata, tetapi khayalan akan
lebih kuat menguasai sekitar benak minda. Segala kewarasan akan
terhenti seketika dan realiti sebenar kehidupan terlupa sejenak.
Alam CINTA yang ditanggung menjadikan CINTA kebuntuan memecah
perjalanan hidup. Benarlah kata Azman Husin, “CINTA menjadikan
seorang intelektual menjadi bodoh,” untuk menilai dalam keadaan
realiti sebenar.

Malam, bulan dan bintang, adalah asas dalam kehidupan yang sentiasa
berlegar harmonis di antara CINTA dan rindu, resah dan cemburu.
Mungkinkah akan terjawab segala gelora resah yang mencengkam hati.
Akhirnya falsafah CINTA akan terbias di puncak sepi. Di samping
segala sajak dan puisi terlahir di kaki malam sebagai cara
melepaskan sepi. Hanya kerana CINTA, hati manusia mampu dilembutkan.
Perubahan tingkah laku juga dapat dirasakan kiranya alam CINTA telah
bermula. Adakah selepas berakhirnya alam CINTA mampu mematangkan
perangai dan pemikiran? Dan sekiranya kekecewaan yang dialami sudah
terlupa, mungkinkah kita lebih berhati-hati dalam sesuatu yang
berbentuk perasaan?

CINTA sebagai satu kemestian. Adakala CINTA itu bermula pantas
sekali dan perlahan-lahan. Dari pintu hati ia berbenang dan lama
kelamaan segulung kasih tersimpul erat di dalam hati. CINTA perlu
dipupuk supaya sentiasa segar dan kehijauan seperti dedaun yang
berkilauan disirami cahaya pagi. CINTA itu terlalu indah. Seindahnya
umpama sejambak bunga cantik, berwarna-warni, segar, harum dan wangi
kalau kena gubahannya. Dan bunga yang dipilih daripada jenis yang
subur dan baru mekar dari kelopak. Kalaulah kita pandai
menggubahnya, semakin berserilah CINTA itu. Dan kalaulah tersalah
gubahannya, CINTA yang diimpikan kurang berseri dan tiada keharuman
menyelubungi suasana sukma. Tak siapa sudi menghargai CINTA yang
diberikan.

Kesepian menjadikan CINTA semakin mendalam. CINTA daripada gadis
yang pendiam dan pemalu adalah sifat sejati. Sifat pendiam dan malu
membuatkan CINTA dari hatinya mengalir untuk yang satu. CINTA
seorang gadis desa penuh dengan kesetiaan dan kejujuran. Hubungan
sosialnya dengan kawan-kawan yang selalu terbatas menyebabkan dia
hanya memadai mengenali yang diCINTAinya. Ditambah kesunyian suasana
desa yang damai, terasing dan jauh dari kekalutan kota yang sentiasa
palsu penuh kepuraan CINTA.

Di celah kehidupan kampung diselubungi sepi, CINTA menjadi fokus
utama dalam hati seorang remaja desa. CINTA lahir dalam hati kerana
kesunyian dan kesepian seringkali mengundang kepada kerinduan. Dari
kerinduan menghasilkan pelbagai penyeksaan kerinduan batin dan CINTA
itu adalah suci sekiranya dibatasi landasan syariat. CINTA seorang
gadis desa penuh berliku dan melalui ranjau yang berduri. Tiada apa
yang dapat menghiburkan hati melainkan sekeping potret sebagai
penawar. Di waktu malam, dinginnya udara, bisunya alam dari bunyian
dibilas dari samar-samar cahaya bulan mengundang soal CINTA mula
bermain di hati.

Tiada teman berbicara, CINTA dalam hati cukup berkecamuk. Pelbagai
anggapan dan tafsiran datang berombak-ombak bersama rasa kepiluan
dalam hati. Mungkinkah yang diCINTAi tidak dapat dimiliki? Dari hari
ke hari, CINTA kian bersemi dalam dakapan hari sewaktu berlari.
Dalam diari perasaan diluahkan demi mencari kedamaian hati. Di taman
sanubari CINTA telah bersatu untuk melakar hidup di alam yang
diimpikan.

CINTA gadis kota pula jarang sekali kesetiaan dihargai dan senang
tawar CINTAnya. Mudah hatinya bertukar dan berubah mengikut cita
rasa. Kenangan yang dibina mudah bertiup pergi seumpama debu-debu
kian berterbangan. Hubungan sosial yang luas memadamkan perasaan
CINTA yang satu dan secara mendalam keasyikannya. Kesetiaan jarang
dihormati kerana CINTA yang satu mengheningi tiada terpaut kukuh di
dalam lubuk hati. Kesibukan waktu menyekat perasaan CINTA mengalir
deras dalam belahan jiwa. Malah CINTA yang lahir senang mati apabila
sesuatu yang terjadi di luar dugaan. Kemuncaknya dalam perCINTAan
banyak perkara boleh berlaku. Apatah lagi keadaan trend kini óne
night stand’ sudah menjadi perkara biasa untuk membuktikan CINTA
bila sampai ke paras kemuncaknya.

Yang pasti menjadi lumrah kegagalan dalam menggapai CINTA akan
membawa kesan secara tidak langsung kepada peribadi diri. Tahap
kekuatan dalaman jiwa terpulang pada diri untuk menghadapi konflik
perasaan yang sentiasa membayangi diri. Barangkali banyak sudah
muncul watak Laila Majnun yang tidak diketahui umum. Dan barangkali
juga dia berada di kanan dan kiri anda? Pandanglah manusia di
sekeliling dengan mata hati dan mata kasar. Pasti anda akan temui
sesuatu yang baru. Dan mungkin memberi makna. Tanyalah pada hati,
renunglah pada sebutir bintang. Di manakah letaknya CINTA dalam
kehidupan? Pandanglah pada senja, nescaya apa tersembunyi memberi
makna. Dan kita pasti berasa akan NILAI SEBUAH CINTA…

by: “chipmunk_malaysia”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Tajuk-tajuk Sastera

Alhaddad's Blog Stats

  • 21,809 kali dilawati

Alhaddad’s arkid

Alhaddad’s kalendar

Februari 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Alhaddad’s terbaik

Pengumuman Alhadaddad’s

Kebanyakan artikel di dalam blog ini adalah dari sumber-sumber lain. bukan sepenuhnya karya asli penulis. Harap maklum.

Top Clicks

  • Tiada

Flickr Photos

The Aged and the Ageless

Photonic Symphony

Kuifmees / Crested Tit / Mésange huppée

More Photos
%d bloggers like this: