Dunia Sastera

Kisah cinta 100 hari

Posted on: Februari 8, 2008

Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa
melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat
mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-
masing.

Salleha : ” Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai
kekasih yang dapat bersama berkongsi waktu denganku. ”

Salleh : ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single
mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang.” (keduanya mengeluh
dan berdiam beberapa saat)

Salleha : ” Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? ”

Salleh : “Errr? Permainan apa? ”

Salleha : “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan
aku jadi kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay
tak? ”

Salleh : ” Baiklah… lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa
untuk beberapa bulan nie. ”

Salleha : ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat
sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke
mana sekarang? ”

Salleh : ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah
cerita Love Is Cinta tengah now showing nie….. Ajeb ngan Adha cakap
citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. ”

Salleha : “OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi
karaoke yerr… agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu
dia nak tak??? ”

Salleh : “Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton,
berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di
kafe, suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang
syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum
pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji
bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :

Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady
Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall,
mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu
mereka beristirehat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan
satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama
kalinya.

Hari ke 7 :

Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa
sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-
micit tangan Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :

Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah
menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang
dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati
suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di
pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat bintang
jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam
hatinya.

Hari ke 41 :

Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun
untuk Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang
yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi
yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan
suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan
sama di The World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil
menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan aiskrim bersama, dan
mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka
teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan
sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :

Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari
negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu
kiosk “Fortune Telling”. Sang peramal hanya mengatakan “Hargai
waktumu bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal itu menitiskan
airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak…
tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…

Hari ke 84 :

Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai desaru
kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain.
Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil
berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut
menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan
seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang jangan pulak nanti
serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang
kat atas tu… sajerr nak panjangkan citerr…

Hari ke 99 :
Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai
sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya
duduk di sebuah taman.

1520hrs

Salleha : ” Aku haus. Rest kejap okay. ”

Salleh : ” Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak
minum “Green Tea”; You nak minum apa? ”

Salleha : ” Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering
keliling bandar hari ini. Sekejap yerr ”

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp
kalau lama memandu.

1530hrs

Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum
kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari
menghampiri Salleh dengan wajah panik.

Salleh : ” Ada apa Cik? ”

Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya
macam temanmu tadi ”

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang
panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha
bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera
menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit
bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang
duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap
mundar-mandir.. fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar
dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs

Doktor Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang
terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan
segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. ”

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah
kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk
melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk
disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan
erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan
luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari
kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah
ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh…
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang
telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan
tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah
membawa kebahagiaan dalam hidupku.

Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam
hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih
dalam lagi sebelumnya.

Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat
memanjang hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan
pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin
kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu
selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku.
Salleh, aku sangat sayang padamu.

by: “chipmunk_malaysia”

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Tajuk-tajuk Sastera

Alhaddad's Blog Stats

  • 25,878 kali dilawati

Alhaddad’s arkid

Alhaddad’s kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Pengumuman Alhadaddad’s

Kebanyakan artikel di dalam blog ini adalah dari sumber-sumber lain. bukan sepenuhnya karya asli penulis. Harap maklum.

Top Clicks

  • Tiada

Flickr Photos

%d bloggers like this: