Kuawali Dalam Kehangatan
Posted Februari 3, 2008
on:Aku ingin tersenyum kepadamu hari ini
walaupun aku tidak dan belum pernah melihat wajahmu
membayangkanmu adalah seperti usaha
menjaring angin namun semoga kau dapat menangkap senyumku.
Dan aku mahu berkata cuaca di kotamu indah
kerana walaupun mendung betah di atap rumahmu
aku tetap ingin mengajakmu menikmatinya dengan senang.
Aku ingin menyentuh jemarimu saat ini
walaupun kau ribuan batu jauhnya
kerana jarak tak pernah
menggagalkan sukacita yang keluar dari hatimu.
Dan sebelum kuakhiri
anggaplah aku telah memelukmu dengan kata
sebuah pelukan dariku
untuk mengawali hari ini dalam kehangatan.
by: myelina
Tinggalkan Jawapan