Dunia Sastera

Archive for Februari 3rd, 2008

Sejak Mula

Sejak mula aku tak berutang apa-apa selain rindu
Lalu kau menyusur sunyi seolah jarak adalah muara
Padahal kita sama tahu selain nasib geladak perahu
Tak ada jembatan menjangka rupa

Sejak mula tak tutipkan apa-apa selain kata
Lalu kau mengigau panas dingin seolah puisi adalah
tuba
Padahal kita sama tahu seisi rimba takan mungkin
menjadi rima
Meski lolongan kau kirimkan serupa daya

Sejak mula aku tak menanam apa-apa selain kelu
Lalu kau menjadi sunyi seolah aku awan kelabu
Padahal kita sama tahu selain puisi tak lagi yang
lebih merdu
Meski nasib masih terkurung di musim pilu

Banda Aceh, 3 Februari 2008

Dino Umahuk: metafora dari laut
http://www.birahilaut.multiply.com

Advertisement

Salam dihulur dari hamba mu ini
Yang hina dan bukan terbaik
Alpa selama nafas ditarik
Punya hati yang busuk dan terbalik

Salam wahai Pencipta Alam
Rayuan ini tidak dipermudahkan
Keluh tidak didengar endahkan
Titisan suci tidak di terima olehMu

Lalu apa lagi daya menjerut hati
Mengharap setitis ruang biar ku rasakannya
Walau senipis daun kari di kali
Akan ku tadah syukuri nikmatnya

Namun mungkin belum sekukuh
Ataupun sehebat usaha mengharap kasih Mu
Mungkin ada penyebab salah laku atau
Perkara kelabu yang aku keliru
Dan buta dihati menutup mata

Akan tetapi Wahai Pencipta ku
Ku langkah kan kaki kanan
Terus mengharap dibukakan
Di beri utusan anak kunci sebagai bekalan
Biar di pimpin mencari pintu
Dan bertatih kembali menyebut namaMu

Wahai Pencipta ku
Ku mohon terus di kejap pegangan
Membiarkan aku leka di dalam rangkulan
Dan di selindung dek hati jahat ku
Moga bersemadi di pintu redha Mu
Untuk kini dan selama mahu Mu
Amin………..

by: asz_oney

Bayu lembut menyapu pipi

Matahari terbenam di sebalik bukit

nun jauh di sana

Oh!………..Gelisahnya kalbuku

Memandang jauh ke hari muka

Esok sentiasa ada

Sanggupkah aku bersabar, menunggu……

Meneruskan perjalanan yang penuh pancaroba?

Fikiranku merantau, melayang, mencari jawapan!

Bergema kembali…………kata-kata kosong

Irama merdu memberi ilham

Keyakinan! Usaha! Ketabahan!

Membawa kejayaan

Roda hidup sentiasa bergerak

dengan perlahan aku mengorak langkah…….

mencari tujuan dan impian……..

Hari ini berlalu, esok menjelma

menyambut kedatanganku dengan sebuah

HARAPAN……….

Terus mengejar………mengabaikan masa

Terus mencari………..

Sebatang kunci……….ke pintu cita-cita!

by: “syazie1979”

Apakah laut tak lagi berombak
apakah langit tak lagi biru
mengapa tak ada lagi senyum di antara kita
tak ada tawa

syurga mimpi kita
selaksa angin yang berlalu
isyarat mati keabadian

Apakah angin enggan berhembus
bersama hilangnya cerita-ceritamu

Sahabat
kau tetap mentariku
yang selalu menghangatiku
kau tetap embun yang menyejukkan jiwaku

dalam sejuta kerinduan tentang kau
sahabatku…

1 Feb 2008,
Myelina san…

Aku ingin tersenyum kepadamu hari ini
walaupun aku tidak dan belum pernah melihat wajahmu
membayangkanmu adalah seperti usaha
menjaring angin namun semoga kau dapat menangkap senyumku.

Dan aku mahu berkata cuaca di kotamu indah
kerana walaupun mendung betah di atap rumahmu
aku tetap ingin mengajakmu menikmatinya dengan senang.

Aku ingin menyentuh jemarimu saat ini
walaupun kau ribuan batu jauhnya
kerana jarak tak pernah
menggagalkan sukacita yang keluar dari hatimu.

Dan sebelum kuakhiri
anggaplah aku telah memelukmu dengan kata
sebuah pelukan dariku
untuk mengawali hari ini dalam kehangatan.

by: myelina


Tajuk-tajuk Sastera

Alhaddad's Blog Stats

  • 25,885 kali dilawati

Alhaddad’s arkid

Alhaddad’s kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Pengumuman Alhadaddad’s

Kebanyakan artikel di dalam blog ini adalah dari sumber-sumber lain. bukan sepenuhnya karya asli penulis. Harap maklum.

Top Clicks

  • Tiada

Flickr Photos